RSS

Model-Model Kepimpinan

12 Mei

Dalam pos Pengenalan Tentang Kepimpinan yang lepas, ada dibincangkan secara ringkas tentang definisi kepimpinan dan Teori-teori Kepimpinan. Berikut ini adalah sambungan daripada artikel berkenaan.

Model-Model Kepimpinan

Bagi mengukuhkan lagi teori-teori yang telah dibincangkan sebelum ini, adalah penting juga bagi setiap pemimpin mempunyai mengikuti model kepimpinan tertentu dalam mentadbir organisasi. Pelbagai model kepimpinan yang wujud dan di antara model yang dipilih untuk perbincangan ialah;
i) Model Kepimpinan Top-Down
ii) Model Transformational
iii) Model Fungsi Kepimpinan (John Adair)

1. Model Kepimpinan Top-Down
Model ini berbentuk pyramid, iaitu dari pihak tertinggi menular ke subordinat-subordinat di bawahnya. Sumber arahan adalah dari satu sumber sahaja. Pihak subordinat melaksananakan arahan tanpa banyak persoalan. Dalam hal ini pihak atasan yang memberi arahan adalah mempunyai akauntabiliti sepenuhnya terhadap arahan yang diberikan. Carta organisasi memperincikan lagi model ini dengan memperlihatkan secara jelas hiraki dalam organisasi. Carta organisasi jabatan-jabatan kerajaan banyak menunjukkan model ini, termasuklah Kementerian Pendidikan. Dalam sesebuah organisasi ketua merupakan orang yang paling berkuasa. Sebagai contoh di sekolah menengah, Pengetua terletak di hierarki paling atas, kemudian diikuti oleh Penolong-penolong Kanan. Ketua Bidang, Ketua Panitia dan seterusnya guru-guru subjek. Begitu juga di sekolah rendah yang diketuai oleh Guru Besar. Model ini menunjukkan arah aliran kuasa dan arahan iaitu dari atas ke bawah. Model ini dengan jelas memperlihatkan dengan jelas aliran arahan dan otoriti dari pihak teratas kepada pihak pegawai pertengahan dan seterusnya kepada pihak pelaksana arahan berkenaan.

Proses arahan dari pihak atas ke pihak perlaksana terpaksa melalui pelbagai peringkat dan memakan masa. Sebarang arahan untuk dilaksanakan terpaksa melalui pelbagai peringkat. Di sekolah misalnya arahan akan dikeluarkan oleh pengetua kepada Penolong Kanan seterusnya kepada Ketua Bidang, Ketua Panitia danbarulah kepada guru-guru subjek untuk melaksanakan arahan berkenaan. Penurunan arahan dari satu paras ke satu paras memakan masa. Model Kepimpinan bercorak di atas ini lebih mengamalkan sistem birokrasi di mana terdapat banyak ‘red-tape’ untuk sesuatu keputusan dibuat. Organisasi pendidikan di Malaysian adalah besar dan luas, maka proses membuat keputusan ini akan melibatkan banyak komponen dalam organisasi berkenaan. Ini akan mengakibatkan ‘time-lag’ dalam aliran maklumatdari superdinat kepada subordinat. ‘Time–lag’ dalam aliran maklumat dan dalam membuat keputusan ini dikenali sebagai ’red-tape’ dalam birokrasi. Walaupun birokratik kelihatan tidak begitu baik tetapi sistem ini terdapat di kebanyakkan organisasi formal kerajaan. Corak pentadbiran ini didapati mempunyai kelebihan kerana tidak lentur kepada masalah peribadi, mempunyai penetapan tugas dan fungsi yang jelas dan dapat mengelakkan pembaziran akibat dari perubahan pucuk pimpinan.

Arahan-arahan pihak atasan jarang dipersoalkan terutama oleh pihak perlaksana. Arahan-arahan yang datang dari superdinat kerapkali tidak dipersoalkan oleh pihak subordinat dan pihak perlaksana arahan kerana arahan berkenaan dianggap datang dari pembuat dasar atau polisi yang tertinggi. Oleh kerana itulah subordinat dan pelaksana arahan melaksanakan arahan tanpa banyak soal. agipun arahan yang diterima adalah diangagap sebagai satu tugas untuk dilaksanakan.

Keberkesanan arahan susah dipantau oleh pegawai eksekutif. Dalam sistem birokrasi, pelbagai lapisan atau peringkat pengurusan terdapat dalam sesebuah organisasi terutamanya sebuah organisasi yang besar seperti Kementerian Pendidikan. Oleh kerana terdapat pelbagai lapisan ini, maka adalah rumit dan sukar bagi pihak teratas untuk memantau keberkesanan arahan yang dikeluarkan. Jika sesuatu arahan itu perlu pentafsiran tertentu, maka akan terjadi pelbagai versi pelaksanaan akan berlaku. Jika ini berlaku maka matlamat atau objektif pengeluar arahan akan tersasar.

Model ini lebih mirip kepada kepimpinan bercorak autokratik. Oleh kerana sesuatu arahan adalah dari atas ke bawah dan searah, serta arahan tanpa persoalan, maka trend ini akan membawa kepada corak pentadbiran berbentuk autokratik. Pandangan dan pendapat pihak atasan atau pembuat dasar. Sebagai contoh, baru-baru ini Kementerian Pendidikan telah mengarahkan supaya pihak sekolah melaksanakan pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Walaupun pelbagai pihak menyuarakan bantahan atau memohon penangguhan pelaksanaannya, namun pihak atas dan pembuat dasar di Kementerian Pendidikan seolah-olah ‘memaksa’ program berkenaan diimplimentasikan pada tahun 2003 juga.

Kebaikan Model Kepimpinan Top-Down
Model ini sesuai diamalkan untuk organisasi baru dan belum matang. Model pengurusan ‘top-down’ ini amat sesuai bagi sesebuah organisasi yang baru contohnya sebuah sekolah yang baru dibuka, kerana dalam sebuah organisasi baru kakitangannya secara relative adalah tidak matang dan dengan sendirinya organisasi berkenaan juga tidak matang. Oleh kerana kekurangan matang, terutamanya kakitangan dalam organisasi berkenaan, maka bimbingan dan tunjukajar adalah amat diperlukan. Arahan dan pekelilingan dari pihak atasan yang mempunyai garis panduan tertentu dapat memandu pihak pelaksana melaksanakan arahan berkenaan dan secara langsung menanam dan memberikan pengalaman kepada para subordinat. Arahan sehala walaupun melalui pelbagai lapisan tetapi kurang berlaku penyelewengan arahan kerana setiap arahan disertai dengan garis panduan tertentu tentang pelaksaannya.

2. Model Transformational
Terdapat banyak penulisan mengenai kepimpinan transformational antaranya termasuklah Tichy dan Devanna (1986) dan Burns (l978), dalam Abdul Aziz Yusof, (2003). Menurut Tichy dan Devanna, kepimpinan transformational melibatkan perubahan yang dramatik dalam sesebuah organisasi seperti pembentukan dan perlaksanaan visi, bertanggungjawab untuk menyedarkan para subordinat atau pengikutnya tentang nilai-nilai norma organisasi, dan memberi ruang serta mengalakkan perubahan sama ada dalaman mahupun luaran. Manakala Burns(1978), dalam Abdul Aziz Yusof (2003), telah mentakrifkan kepimpinan transformational sebagaimana berikut:
“…Leadership as leaders inducing follower to act for certain goals that represent the values and motivations-the wants and the need, the Aspirations and expectation of both leaders and followers, and the Genius of leadership lies in the manner in which leaders see and act On their own and their followers values motivations” (pg.19) .

Seterusnya Bass (l990) dalam Abdul Aziz Yusof ,2003, telah mendefinisikan kepimpinan transformational sebagai kepimpinan yang menunjukkan kecemarlangan yang luar biasa kerana mereka berjaya meluaskan dan mengembangkan minat subordinat dalam membangunkan kesedaran dan penerimaan terhadap tujuan dan misi kumpulan. Pemimpin juga bukan hanya mempunyai kebolehan membangunakan minat subordinat, tetapi minat yang dibangunkan melangkaui minat peribadi subordinat itu sendiri.

Pandangan-pandangan yang diberikan di atas mengambarkan kepimpinan transformational memiliki keupayaan kepimpinan yang sangat luar biasa. Pemimpin seperti ini berupaya membangkitkan kesedaran pengikut ke arah merealisasikan perubahan untuk kepentingan organisasi, disamping membantu mereka meneroka dan menjangkau lebih daripada kepentingan peribadi.
Mengikut Greenberg dan Baron (l997) dalam Abdul Aziz Yusof,2003, terdapat empat ciri utama yang digambarkan sebagai seorang pemimpin transformational iaitu:

i) Memberi Pertimbangan Secara Individu
Seseorang pemimpin transformational memberi perhatian terhadap keperluan para subordinatnya yang unik sama ada dari aspek jangkaan, aspirasi dan matlamat. Mereka juga bersedia mengakui hakikat bahawa semua subordinat mempunyai keinginan dan keperluan yang berbeza dan perlu ditangani dengan berkesan supaya organisasi menadapat manfaat daripada perbezaan yang wujud. Pemimpin seperti ini bersedia mendengar segala masalah dan pendapat yang dikemukakan oleh subordinatnya dan sentiasa bersedia untuk memberi maklum balas serta membantu untuk membina keyakinan diri terhadap sebarang perubahan yang dilakukan. Dalam hal ini, seseorang pemimpin transformational perlu memainkan peranan sebagai seorang rakan pembimbing.

ii) Stimulasi Intelektual
Penerapan stimulasi intelektual merupakan satu factor yang menjadikan pemimpin transformational popular dan mendapat tempat di kalangan subordinat. Pemimpin transformational bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada subordinat dalam mengubah cara berfikir terutama mengenai masalah teknikal, masalah hubungan sesama sendiri dan pihak luar, dan tidak kurang pentingnya masalah-masalah peribadi.

Pemimpin jenis ini akan mendidik dan mendorong subordinatnya untuk berfikir cara baru dengan menggunakan hujahan dan bukti dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka bersedia berkongsi idea, pengalaman dan kekuatan bersama subordinat. Sikap keterbukaan menyebabkan subordinat tidak kekok untuk menyuarakan pandangan kerana subordinat tahu terdapatnya saling percaya (mutual trust) yang tinggi di antara mereka.

Ciri-ciri stimulasi intelektual dibangunkan dengan mengutamakan komunikasi pelbagai hala dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks dan mencabar. Melalui cara ini, pemimpin akan mengalakkan para subordinat untuk mengemukakan idea dan pandangan mereka secara bebas dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap pendapat yang dikemukakan akan mendapat sanjungan daripada pemimpin. Kesannya, subordinat akan berasa dihargai dan situasi sebegini akan meningkatkan lagi komitmen mereka dalam mengenal pasti, memahami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

iii) Inspirasi Motivasi
Dalam hal ini, pemimpin transformational akan memotivasikan subordinat dengan berkongsi visi dan matlamat organisasi. Pemimpin akan menunjukkan contoh-contoh terbaik dengan berkerja keras, bersikap optimistic apabila berhadapan dengan krisis, kesediaan untuk memikul tanggungjawab jika berlakunya sesuatu kesilapan dan tidak membebankan subordinat dengan perkara-perkara remeh. Apa yang penting bagi mereka ialah bagaimana hendak membangkitkan dan mengekalkan semangat kerja yang tinggi serta memaksimakan penggunaan setiap potensi yang ada di kalangan subordinat.

Sekiranya motivasi subordinat ditingkatkan, pemimpin transformational akan mendapat kerjasama yang tinggi daripada pengikutnya. Subordinat lebih bersedia untuk menjalankan tugas dengan lebih bersungguh-sungguh dan menjadikannya sebagai suatu keutamaan. Tanpa motivasi, subordinat tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan baik akibat daripada fokus yang mencapah dan tersebar (divergence). Produk akhir daripada keadaan sebegini akanmenyebabkan mereka berasa terasing , tidak dihargai dan kewujudan mereka tidak sifnifikan. Oleh itu, meningkatkan motivasi subordinat adalah salah satu ciri utama yang perlu ada pada kepimpinan transformational.

iv) Meningkatkan Pengaruh
Dengan menunjukkan rasa hormat di antara pemimpin dengan subordinat, akan membantu meningkatkan keyakinan subordinat terhadap pemimpin dan keadaan in akan membolehkan pemimpin meningkatkan pengaruhnya terhadap subordinat. Apabila seseorang pemimpin itu berjaya mencapai matlamat dan misinya, subordinat akan terpengaruh dengan kejayaan pemimpin dan akan berusaha untuk menjejaki kejayaan yang telah ditunjukkan oleh ketuanya. Pemimpin transformational akan mempengaruhi para subordinatnya untuk mempercayai bahawa mereka mempunyai potensi, peluang dan kehebatan yang sama untuk mencapai kejayaan. Mereka sentiasa mencabar subordiant jika, “ aku mampu melaksanakannya mengapa tidak kamu?”. Pengaruh sedemikian amat penting bagi membolehkan subordinat mengambil inisiatif menjalankan tugas yang lebih mencabar kerana mereka mempunyai yang layak dicontohi (role model) untuk diikuti dalam usaha mencapai kejayaan.

v) Karismatik
Pemimpin transformational akan berusaha untuk menanamkan sifat keyakinan, hormat dan kebangaan kepada pengikut-pengikutnya. Mereka juga mempunyai misi yang jelas untuk dikomunikasikan kepada subordinatnya. Mereka juga sentiasa mendahului subordinat dalam mematuhi undang-undang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan secara bersama. Pada masa yang sama, mereka sentiasa berada di barisan hadapan apabila menghadapi cabaran dan bersedia menjadi benteng apabila subordinat mereka dicabar. Pada mereka, kelemahan yang ditunjukkan oleh subordinat adalah juga membuktikan kelemahan mereka. Oleh itu, pemimpin transformational lebih bersedia memikul tanggungjawab di atas kelemahan yang ditunjukkan oleh subordinat adalah juga membuktikan kelemahan mereka. Oleh itu, pemimpin transformational lebih bersedia bertanggungjawab di atas kelemahan yang ditunjukkan oleh subordinat mereka.

Selain itu, pemimpin transformational juga mempunyai kebolehan luar biasa untuk berucap, memujuk dan mempunyai kemahiran konseptual serta teknikal yang tinggi. Pengikut senang berada bersama pemimpin dan akan mengidentifikasikan diri mereka dengan pemimpin. Mereka bersedia untuk menjadikan ucapan dan tindak-tanduk sebagai sesuatu yang patut dicontohi. Pada masa yang sama mereka bersedia untuk mempertahankan pemimpin mereka apabila diancam. Seterusnya subordinat bersedia untuk melakukan perubahan yang drastic apabila diminta untuk bertindak sedemikian oleh pemimpin mereka kerana yakin dengan kebaikan yang akan diperolehi hasil perubahan yang diperkenalkan.

Kesimpulannya pemimpin Transformational, memiliki pelbagai kemahiran iaitu kemahiran membuat jangkaan, kemahiran pujukan dan perbandingan,kemahiran memahami perubahan nilai, kemahiran pengupayaan dan kefahaman dalam memahami keperluan dan kehendak para pengikutnya.

3.  Model Fungsi Kepimpinan (John Adair)
Model kepimpinan ketenteraan yang cukup meyakinkan diperkenalkan oleh fil Marsyal William Slim. Beliau percaya kepimpinan dalam bidang ketenteraan dapat diterapkan dalam dunia perniagaan. Dalam bukunya Defea Into Victory, beliau menegaskan bahawa semangat merupakan tenaga penting kea rah mencapai kejayaan. Menerusi kekuatan semangat akan membangkitkan kekuatan kerohanian, intelektual dan kebendaan. Model ketenteraan ini diperkukuhkan lago oleh John Adair dengan mengambil pendekatan fungsi Kepimpinan. Model ini sesuai digunakan bukan sahaja dalam bidang perniagaan tetapi juga dalam organisasi sekolah.

Mengikut John Adair dalam (Chek Mat,2003), Keberkesanan kepimpinan seseorang itu diukur dari sudut penyempurnaan tanggungjawab pemimpin dan subordinat, membina pasukan kerja yang padu dan mengilap kekuatan individu dalam organisasi. Ketiga-tiga fungsi asas tersebut dikaitan jugan dengan fungsi pengurusan seperti merancang, memulakan, mengawal, menyokong, memaklumkan dan menilai kemajuan serta fungsi-fungsi pengurusan itu boleh dicapai. Model ketenteraan John Adair ini berteraskan konsep Action-Centeral Leadership, telah berkembang begitu luas dan diterima umum William ( 1998) dalam Chek Mat (2003), Ia juga turut dibincangkan dengan lebih mendalam oleh Aminuddin Mohd Yusof (1994) berdasarkan model guru dan tentera.

Rajah1:Model Fungsi Kepimpinan JohnAdair

Walau bagaimanapun, pendekatan kepimpinan bercorak ketenteraan itu bukanlah sesuatu yang baru. Usaha-uasaha yang dilakukan oleh D.G. Krause (1996) dalam Chek Mat (2003), untuk memperkenalkan model seni peperangan Sun-Tzu dalam perniagaan telah memperlihatkan kemajuan. Terdapat sepuluh prinsip seni peperangan yang boleh digunakan dalam kepimpinan organisai iaitu belajar untuk menetang, tunjukkan jalan, buat dengan betul, mengetahui fakta, menjangkakan ketewasan, menentukan hari sesuai, buat dengan terbaik, bertindak sertentak dan membiarkan musuh dalam kebingungan. Sepuluh prinsip tersebut dapat dinilai keberkesanannya dari sudut:
1. Ketrampilan dan kesediaan untuk mencapai matlamat
2. Mengetahui tujuan dan komitmen untuk mencapai matlamat.
3. Kekuatan disiplin dan hormat diri.
4. Pencapaian tertinggi dan kesesuaian.
5. Rasa tanggungjawab dan akauntabiliti.
6. Kemampuan untuk membina perhubungan yang berkesan.
7. Kesediaan untuk menjadi pemimpin contoh.

Keberkesan model ini dapat menarik perhatian pemimpin organisasi untuk menjadikan model ini sebagai panduan dalam mentadbir organisasi. Walau bagaimanapun keberkesan kepimpinan tidak hanya bergantung kepada pemilihan model yang baik dalam kepimpinan sebaliknya seorang pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri pemimpin dalam diri mereka sendiri.

Ciri-ciri Pemimpin Luar Biasa

Ingin menjadi seorang pemimpin yang t.o.p atau luar biasa??pastinya semua orang menginginkan hal yang sama yaitu menjadi seorang pemimpin yang t.o.p dilingkunannya, jika kita telaah ada beberapa ciri yang harus benar-benar dimiliki seorang pemimpin, apakah anda termasuk dalam kriteria pemimpin yang memiliki ciri seperti yang terurai di bawah ini?? bila tidak bersiaplah untuk merubahnya…

Coba simak ciri-ciri pemimpin luar biasa berikut ini, siapa tau pemimpin Anda memilikinya:

* Integritas
Integritas adalah melakukan sesuatu sesuai dengan apa yang Anda katakan akan Anda lakukan. Integritas membuat Anda dapat dipercaya. Integritas membuat orang lain mengandalkan Anda. Integritas adalah penepatan janji-janji Anda. Satu hal yang membuat sebagian besar orang enggan mengikuti Anda adalah bila mereka tak sepenuhnya merasa yakin bahwa Anda akan membawa mereka kepada tujuan yang Anda janjikan.

* Optimisme
Tak ada orang yang mau menjadi pengikut Anda bila Anda memandang suram masa depan. Mereka hanya mau mengikuti seseorang yang bisa melihat masa depan dan memberitahukan pada mereka bahwa di depan sana terbentang tempat yang lebih baik dan mereka dapat mencapai tempat itu.

* Menyukai perubahan
Pemimpin adalah mereka yang melihat adanya kebutuhan akan perubahan, bahkan mereka bersedia untuk memicu perubahan itu. Sedangkan pengikut lebih suka untuk tinggal di tempat mereka sendiri. Pemimpin melihat adanya kebaikan di balik perubahan dan mengkomunikasikannya dengan para pengikut mereka. Jika Anda tidak berubah, Anda takkan berkembang.

* Berani menghadapi resiko
Kebanyakan orang menghindari resiko. Padahal, kapan pun kita mencoba sesuatu yang baru, kita harus siap menghadapi resiko. Keberanian untuk mengambil resiko adalah bagian dari pertumbuhan yang teramat penting. Para pemimpin menghitung resiko dan keuntungan yang ada di balik resiko. Mereka mengkomunikasikannya pada pengikut mereka dan melangkah pada hari esok yang lebih baik.

* Ulet
Kecenderungan dari pengikut adalah mereka menyerah saat sesuatunya menjadi sulit. Ketika mereka mencoba untuk yang ke dua atau ke tiga kalinya dan gagal, mereka lalu mencanangkan motto, “Jika Anda gagal di langkah pertama, menyerahlah dan lakukan sesuatu yang lain.” Jelas saja mereka melakukan itu, karena mereka bukan pemimpin. Para pemimpin itu tahu apa yang ada di balik tembok batu, dan mereka akan selalu berusaha menggapainya. Lalu mereka mengajak orang lain untuk terus berusaha.

* Katalistis
Pemimpin adalah seseorang yang secara luar biasa mampu menggerakkan orang lain untuk melangkah. Mereka bisa mengajak orang lain keluar dari zona kenyamanan dan bergerak menuju tujuan mereka. Mereka mampu membangkitkan gairah, antusiasme, dan tindakan para pengikut.

* Berdedikasi dan komit
Para pengikut menginginkan seseorang yang lebih mencurahkan perhatian dan komit ketimbang diri mereka sendiri. Pengikut akan mengikuti pemimpin yang senantiasa bekerja dan berdedikasi karena mereka melihat betapa pentingnya pencapaian tugas-tugas dan tujuan.
Apakah pemimpin Anda memiliki ciri-ciri tersebut? Bila ya, syukurlah, berarti Anda telah menjadi pengikut dari seorang pemimpin yang tepat! Tapi jika Anda seorang pemimpin dan belum memiliki ciri-ciri itu, tak ada salahnya perbaruilah diri Anda dengan pedoman tersebut.

Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian.

Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah.

Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah:

1. Mentaliti

  • Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
  • Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
  • Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain dating kepadanya minta bertindak.
  • Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.

2. Kemasyarakatan

  • Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
  • Sikap positif dan terbuka.
  • Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
  • Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

3. Moraliti

  • Mempunyai disiplin diri yang unggul.
  • Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
  • Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.

Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.

Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:

  • Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
  • Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
  • Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.

Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:

  • Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.
  • Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
  • Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaannya, pemimpin yang baik jarang berkasar dengan orang-orang bawahannya.
  • Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
  • Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
  • Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia.
  • Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
  • Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.

Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.

Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.

Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan .

 
Tinggalkan komentar

Posted by pada 12 Mei 2011 in Penemuan

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: